Tuesday, April 13, 2010

Pilihlah Dengan Kebenaran.

بسم الله الرحمن الرحيم



Sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, segala tindakan kita perlulah dipastikan bahawa ianya tidak membawa kepada murka Allah.

Sepanjang hidup kita, setiap manusia itu akan menemui satu ketika yang sukar untuk memilih tindakan dan keputusan di depannya. Biasanya, tindakan tersebut melibatkan sesuatu yang besar seperti masa depan dirinya, keluarga, agama dan sebagainya. Ini adalah antara perkara yang menunjukkan betapa lemahnya manusia dan memerlukan pergantungan.

Salah satu daripada banyak-banyak perkara yang diajar dalam agama kita ialah cara ataupun langkah yang bijak dalam membuat keputusan.

Islam mengajar bahawa kita boleh membuat keputusan bagi satu-satu tindakan dengan melalui dua langkah:

(1) istisyarah
(2) istikharah


Langkah yang pertama yang boleh kita lakukan ialah dengan meminta petunjuk ataupun pandangan daripada orang-orang yang layak. Contoh orang-orang yang berkelayakan ialah guru-guru kita, murabbi, orang-orang alim,kedua ibu bapa, sahabat yang rapat dan jujur dengan kita.

Ceritakan gambaran sebenar tentang kebingungan kita, kemudian nyatakan pilihan yang berada di depan kita. Mintalah daripada mereka tentang pandangan yang terbaik.

Begitu juga dengan mesyuarat-mesyuarat yang dilakukan oleh mana-mana perkumpulan. Ianya juga termasuk dalam langkah istisyarah dengan cara berbincang dan bertukar pendapat. Lebih-lebih lagi keputusan yang ingin dicapai melibatkan maslahat umum.

Langkah yang kedua ialah dengan mengadu sendiri dengan tuhan yang mengatur alam ini. Ya, sudah tentulah Dia Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui segala-galanya, daripada yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya. Daripada yang tersembunyi hingga yang seterang-terangnya. Daripada perkara yang telah lalu, hinggalah perkara yang akan datang.

Mengadulah kepadaNya kerana Dia Maha Mendengar Lagi Maha Menolong. Caranya ialah dengan mendirikan solat sunat Istikharah. Selain itu kita juga perlulah banyak berdoa dan bersangka baik kepada Allah.

Ya Allah, kurniakan kami petunjuk ke jalan kebenaran dan juga taufiq untuk mengikuti jalan tersebut..

Monday, April 5, 2010

Oh, Dunia!

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : Ustz. KhairunNisa Bte Mustapa

Ada 6 Pertanyaan Penting :

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?



Nak tau jawapannya? baca seterusnya buat renungan kita bersama...Insyallah

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al Ghazali bertanya,

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab Negara China, bulan,matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu" . Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ke tiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawah gunung,bumi,dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf: 179). Maka dengan itu kita harus hati-hati dengan nafsu kita, agar jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan ke empat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?"
.
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan semua benar, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak biasa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang ke lima adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat" . Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia" . Kerana melalui lidah, manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu..

Ya Allah kurniakanlah kami nikmat mengenalMu, dan jgnlah Kau jadikan dunia sebagai matlamat utama kami…