بسم الله الرحمن الرحيم
Surah yang mulia ini merupakan surah yang pertama dalam susunan mashaf Al-Quran yang ada pada kita hari ini.Surah ini termasuk dalam surah-surah yang diturunkan di Makkah. (terdapat beberapa pendapat ulama’ dalam hal ini)
Memahami isi kandungan dan maksud-maksud yang terdapat dalam surah ini adalah termasuk dalam perkara yang amat mustahak dan perlu diberi perhatian.
Mengapa pula begitu?
Inilah satu-satunya surah yang diperintahkan kepada seluruh umat Islam untuk membacanya di dalam setiap solat, bahkan pada setiap raka’at. Oleh kerana selalu diulang-ulang dan dibaca berkali-kali, ia menjadi antara surah termudah untuk dihafaz bagi setiap orang beriman.
Oleh yang demikian, sudah tentu ada ‘rahsia’ daripada tuntutan Syara’ yang menyebabkan surah ini terpilih untuk diulang-ulang setiap kali didirikan rukun Islam yang kedua.
Ia juga termasuk dalam kategori antara surah-surah yang kecil ukurannya dan sedikit bilangan ayatnya.
Sungguhpun begitu, isi kandungannya cukup padat dan merangkumi secara ringkas tentang agenda-agenda utama dalam agama yang mulia ini iaitu antaranya berkenaan : ( tauhid )- mengEsakan Allah, ( ta’abbud )- perhambaan yang mutlak kepada Allah, ( ahkam ),dan ( wa’dun wa wa’id )- janji balasan baik dan buruk.
Surah ini juga mempunyai beberapa nama. Antara yang masyhur :
- Al-Fatihah (pembuka)
- UmmulKitab @ UmmulQuran
- AsSab’ulMatsani
- Al-Hamdu
- Al-Kanzu (harta yang tersimpan)
- Al-Waqiyah (penjaga/pencegah)
- AsSyifa’ (penawar)
- Al-Kafiah (yang memadai)
- Al-Asas
- Ar-Ruqyah (jampi)
Dan beberapa lagi nama-nama lain yang disenaraikan oleh para ulama’.
Al-Asma’Ul-Husna (Nama-nama Allah)
ALLAH ta'ala memulakan firmanNya dalam surah ini dengan namaNya yang agung.
Antara tujuannya adalah untuk mengajar manusia dan memperkenalkan diriNya yang agung kepada manusia.
Sepertimana yang kita ketahui, terdapat 99 nama2 ALLAH yang agung, yang telah dihimpun oleh para ulama' kita yang diambil daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala
ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها
Maksudnya : …Dan bagi Allah (ada) nama-nama yang baik,indah maka panggillah
Allah (berdoa) dengan nama-nama tersebut…
Sungguhpun begitu, nama2 ALLAH tidak terbatas hanya dengan bilangan tersebut. Bahkan sebarang nama dan sifat yang menunjukkan kemuliaan yang agung dan layak bagi ALLAH, semuanya kembali kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Kita sungguh beruntung dan bertuah kerana para ulama' telah berusaha mencari dan menghimpunkan nama-nama Allah yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah. (Walaupun di sana terdapat beberapa perselisihan dan perbahasan ,tetapi tidak mengapalah kerana ini menunjukkan ihtimam mereka tentang satu-satu perkara.)
Secara ringkasnya mereka telah mengkategorikan (terdapat juga beberapa pembahagian dari sudut yang lain) daripada 99 nama-nama ALLAH kepada 2 bahagian :
( 1 ) nama-nama yang menunjukkan sifat-sifat yang indah
(2) nama-nama yang menunjukkan sifat-sifat kehebatan, keangkuhan, kekuasaan lagi
kesempurnaan yang agung
- Kategori yang pertama ; nama-nama ALLAH yang indah
- menjadikan manusia mudah lunak,cinta dan rindu untuk mendekati ALLAH...
- membuatkan kita taat terhadap setiap perintah dan arahanNya
- manusia perlu sentiasa berharap agar dapat rahmat, belas kasihan serta perlindungan dari ALLAH...
AlKarim( yang Maha Mulia)
Kategori yang kedua ; nama-nama ALLAH yang hebat lagi berkuasa
- melahirkan rasa takut dan gerun untuk melanggar batasan larangan yang telah ditetapkan
- membuat manusia sentiasa berjaga2 dengan segala tingkahlaku, kerjabuat, dan kata2 yang keluar daripada mulut serta i'tiqad yang menyalahi adab dengan ALLAH
- menjadikan makhluk terutama orang yang beriman sentiasa bergantung harap dengan ALLAH daripada tekanan dan penindasan makhluk lain...
- menjadikan kita tunduk dan patuh dengan syariat yang telah ditetapkan dan mengenepikan segala ajaran yang direka oleh makhluk.
AlMuntaqim (yang Maha Membalas Dendam)
Untuk menghuraikan nama-nama Allah (alAsma’ Alhusna) mestilah berdasarkan kepada ilmu bahasa arab yang luas yang mana ia bukan sahaja ilmu tatabahasanya, bahkan terdapat juga di sana ilmu balaghah dan lain-lain lagi yang membahaskan tentang seni-seni dan penggunaan yang sesuai bagi satu-satu kalimah yang digunakan.
InsyaAllah wa bi iznihi, dalam pos yang akan dating, kita akan cuba untuk menghuraikan sedikit tentang Al-Asma’ Ulhusna dan seterusnya membedah secara ringkas isi kandungan Surah Al-Fatihah yang mulia.
اللهم ارزقنا معرفتك و علمنا مرادك من كنابك و من سنة رسولك و علمنا الأدب معك ومع رسولك
‘ Ya Allah kurniakan kepada kami nikmat mengenalMu, dan ajarkan kepada kami murad) tuntutan dan kehendak) Mu dari kitabMu dan sunnah RasulMu, dan ajarkan juga kepada kami adab-adab denganMu dan dengan RasulMu…’
No comments:
Post a Comment